Soalan-Soalan Lazim
1. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal eBIDA?
Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal UBida:
i) Individu: Penduduk Tetap Malaysia dan Orang Awam Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
ii) Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.
2. Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal eBIDA?
Individu/Perniagaan/Syarikat perlu mempunyai perbankan atas talian bagi memudahkan proses transaksi dilakukan. Syarat-syarat lain tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
3. Bagaimana caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya mendaftar dan menggunakan portal eBIDA?
Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak boleh membuat pendaftaran ringkas di dalam sistem eBIDA. Pembayaran fi pengurusan sebanyak RM10 hendaklah dibuat bagi setiap transaksi nombor plat baharu sebanyak satu kali sahaja.
i) Individu: Mengisikan dengan tepat maklumat diri dan maklumat bank bagi memudahkan proses pendaftaran nombor di JPJ dan urusan perbankan.
ii) Perniagaan atau syarikat: Mengisikan dengan tepat maklumat syarikat dan maklumat bank bagi memudahkan proses pendaftaran nombor di JPJ dan urusan perbankan.
4. Apakah jenis emel yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di portal eBIDA?
Orang awam atau pengguna portal eBIDA disarankan menggunakan emel jenis Gmail atau Yahoo yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Sistem eBIDA. Sekiranya menggunakan emel rasmi korporat, sila pastikan urusetia emel rasmi korporat anda membenarkan emel dari luar dan juga semak capaian spam.
5. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat butir peribadi setelah pendaftaran dilakukan di portal eBIDA?
Sebarang kemaskini maklumat peribadi boleh dibuat dalam sistem eBIDA sebelum tamat waktu bidaan (jika membida). Jika tidak, maklumat peribadi ini akan dicetak di atas surat tawaran pemenang dan tidak boleh ditukar.
6. Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan portal eBIDA?
Orang awam atau pengguna portal eBIDA disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.
7. Apakah fi dan caj yang dikenakan untuk transaksi bidaan?
RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil kerajaan dan tidak akan dikembalikan.